Tuesday, 3 June 2014

sabar itu indah







masalah. memang masalah tak dapat lari dari kehidupan kita kan. tapi kita mesti kena ingat.. masalah datang bersebab.. di mana silap kita? Allah takkan bagi masalah yang berat2. Allah Maha Adil. Dia penyayang.. Dia beri kita dugaan, masalah sebab dia sayangkan kita. Dia nak kita masuk syurga.. so kita kenalah bersabar hadapi setiap dugaan yg Dia beri..

 darjat org yg bersabar ni, tinggi di sisi Allah. sebab tulah sabar itu indah.. org nak cakap apa kat kita, cakaplah.. kita kena sabar.. org nak pandang kita rendah tahap manapun, kita kena sabar... sebab kita ada Allah. yg pnting apa yg Allah pandang kita. bukan manusia :) kadang2 kita leka... kita tak sabar.. kita marah dengan keadaan kita... kita tertanya2, kenapa masalah sering melanda kita? kenapa nampak org lain bahagia?

 setiap org ada masalah cuma bergantung kepada kepandaian dia lah untuk sembunyikan masalah dia tu kan. kita kena sentiasa senyum....

 senyum lah ubat yg terbaik.. bila kita senyum, mood kita akan berubah.. dari situ lah kita boleh mencipta bahagia.. dan bila kita bahagia, kita boleh terima segala dugaan dengan hati terbuka dan penuh kesabaran :D betul kann? ada orang bila ada masalah, dia suka pendam je.. tak suka luah kat orang.. sebab taknak org tahu keadaan dia sebenarnya.. dia nak org pandang dia seorang yg happy.

 sebenarnya tak bagus mcm ni... boleh menyebabkan stress dlm diri. sebab tu Allah suruh kita mencari sahabat yang baik.. supaya susah senang dapat dikongsi bersama :) bila ada masalah, kite share.. dengan itu, dia dapat faham kita dan kurangkan beban kita yg menanggung. tapi mestilah cari kawan yang betul2 boleh dipercayai.

 alhamdulillah setakat ni, kawan2 lisa semuanya baik2. bergaul dengan sahabat baik, maka baik lah kita. bergaul dengan budak jahat, terikut2 lah kita dengan perangainya kan? so moral of the story, sabar.... kita beragama islam ni, istimewa.. sebab Allah ajar kita supaya bersabar.. sabar boleh tahan kita dari banyakkkk sgt benda lalai.. haaa sbb tulah sabar ni indah ;)

sampai di sini saja tajuk kali ni. kekok sikit nak tulis.. sbb lama tak tulis blog. btw first topic, takpelah kan :p okay assalamualaikum wbt :)

No comments:

Post a Comment